Cara Membangunkan Produk Baharu Di Pasaran.
Cara membangunkan produk baharu adalah berbeza-beza mengikut sifat dan permintaan kepada sesuatu produk. Idea yang dicadangkan ini menyentuh cara membangunkan produk baharu secara umum:- 1. Apa itu produk baharu? 2. Apa kepentingan produk baharu? 3. Bagaimana syarikat boleh mendapatkan produk-produk baru? 4. Apakah kategori produk baharu? 5. Apakah langkah-langkah pembangunan produk baharu? 6. Apakah sebab-sebab kegagalan produk baru? 1. Apa itu produk baharu? Produk baharu ialah suatu produk sama ada barangan atau perkhidmatan, terbahagi kepada dua situasi:- a. Baharu kepada pasaran. b. Baharu kepada syarikat yang mengeluarkannya. ‘Baharu kepada pasaran’ bererti produk belum wujud lagi di pasaran. Saya percaya ramai orang yang ada idea untuk mencipta produk yang baharu ini. Tapi kebanyakan mereka tak tahu nak cara nak menciptanya. Akhirnya, mereka akan abaikan saja atau beranggapan memang ‘mustahil’ boleh diwujudkan dipasaran. Sebaga...